Selasa, 15 September 2009

selamat hari raya


assalamualaikum teman2
disini diriku ingin mengucapkan salam aidilfitri buat teman2 yg mengenali diri ini atau tidak
semoga raya yg bakal menjelma tidak lama lagi memberi makna yg amat bermakna buat diri teman2

Ahad, 16 Ogos 2009

majlis akikah sofea zahra

hari : sabtu
tarikh : 15 ogos 2009
umo sofea dah pun 2 minggu lebih bila entry ni ditulis.
mak kata dia nanti lebih cerdik
puasa n raya dah dekat..bole la beli baju raya nanti yer utk anak saudara yg baru ni
hehe



Ahad, 2 Ogos 2009

ct & izal wedding









bertempat di kampung baru,kl pd 7 jun 2009..tahniah buat pasangan ct n izal.
sila ke flickr utk gambar2 lain.

di awan biru

selesai sudah konsert jelajah search di bukit kiara,kl pd mlm semalam ( 1 ogos) ..rugi sapa yg x tgk tu...bak kata amy search "berbaloi baloi"...persembahan oleh anggota asal search (amy, nasir, hillary, din n yazid) n kemunculan kid menjadikan 6 anggota search dipentas pd malam semalam MALATOP!! mengikut jadual konsert sepatutnya bermula pd jam 9 mlm tapi dsbbkan kesasakan dan masih ramai yg berpusu2 masuk, maka hampir pukul 10mlm konsert bermula (smpi pun kul 9.20mlm :p) ,dan berakhir sekitar 12.40 mlm...antara lagu yg dinyanyikan sprt laila namamu teratas,isabella,pasti,isi dan kulit, palesit kota, gadis misteri , gadisku , kejora , pawana, habil & qabil, gelora cintaku, langit dan bumi dan sebahagian tajuk lagu yg saya x tahu (tapi org lain tahu :P) dan penutup pd malam itu adalah lagu fantasia bulan madu. sebenarnya byk lagu hot yg x dinyanyikan tapi keseluruhan mmg best!! salute kpd 4 gitaris yg gile kentang menggoreng.. otai katakan!!
p/s - agak kecewa tiada2 lagu hot spt nigina,pembakar perasaan, rozanna, fenomena , cinta buatan malaysia, meniti titian usang, mentari diufuk timur, seroja, andai ku miliki semalam , hilang dlm terang..apapun terbaik dr ladang

Khamis, 30 Julai 2009

selamat dtg sofea zahra :P

setelah sekian lama tidak menulis dsbbkan ke'mood'an keje yg teruk dan sedikit ke'kelam kabut'an mengejar masa..blog ini telah dihuni segala keturunan+ lapisan masyarakat keliwon ... skg masa terbaik menggunakan waktu terluang sementara tunggu brief baru.
sy kini sedang dijangkiti flu..mula2 demam (h1n1 kah???)..oh tidak..ari tu melantak durian..malam x ingat minum ais..pastu asyik balik lewat mandi pun lewat..mana sakit x kebah ye tak.

sofea zahra

anak abg yg ke-3..dan anak buah sy ke-6 ..lahir pada 29/7/2009 (hehehe) pd 4.10 pg waktu malaysia. heroin pertama vs 5 hero. gabungan nama arwah2 tok sofeah+zaharah (nama mak sy yg bagi). pasni bole la beli apa2 hadiah yg pinky2..heheh

jalan2 curi makan,lokasi : lobsterman
makan kat sini kali ke-2 di ss2,pj (sedap dowhhh..tapi sorang mau simpan rm1** lebih la..hehe)..
ala, bos nak jage hati staff dia yg jiwa luke ni setelah dikerat2..
lobster + cheese (kalo makan lg xmo dah ade cheese..mual :p )

p/s esok konsert search di bukit kiara...mmg nak lps stress ni..heheh

Isnin, 29 Jun 2009

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.

p/s 1 : tq makcik kopi sbb frwd artikel ni..mmg tgh serabut dgn msalah2 skg..satu persatu dia mai..n menduga masalah2 baru akan dtg dlm masalah terdekat..huhu
p/s 2 : ingin berkongsi artikel kpd rakan2 yg memerlukan
p/s 3 : mohon maaf kpd rakan2 jika sikap sy x seberapa baik sejak kebelakangan ni..we are family kan

p/s 4 : terima kasih kpd rakan2 yg sudi mendengar dan membantu..akan ku balas suatu hari nanti


Bismillahirahmaniraheem..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!



Jumaat, 19 Jun 2009

20 june 2009

sabtu & family day
anniversary mak abah
Tanggal 7 jun merupakan ulangtahun mak abah yg ke-38..so ari ni kami adik beradik ade buat makan2 sikit. buat mak abah, semoga umur mak abah berpanjangan dan sihat selalu.
besday kaklong
jatuh pd 15 jun..tahun ni umo kak long dah menjengah ke-36. isnin lalu kaklong hantar msg; 'bertuah punya adik2 psl sorang x ingat besday kaklong' dilewat 6 ptg..huhu..sori kaklong..sorang x ingat pun (kaklong marah la psl selalu kaklong yg ingat besday2 nih)...kaklong hepi besday ya
selamat hari bapa
selain abah,abg nizam,abg mie.dituju juga kpd sahabat2 yg telah bergelar bapa..selamat hari bapa

p/s : mlm tadi tido 2 jam jer..terlayan citer jepun tv2 'sinking of japan' yg mengisahkan tentang negara jepun yg ditenggelamkan oleh bencana alam..gelinciran permukaan bumi kedasar perut bumi menyebabkan jepun turut disedut..best citer dia..cuma mata tgk tapi hati pk mcm2 perkara.
p/s2 : terjaga seawal 4 pagi sbb panas badan..mlm tadi bedal 6 ulas durian (sikit je tuhh)..lps subuh terus bukak tenet..baguihhh..
p/s3 : pagi ni mak buat pulut durian..sedap nih aroma..k lah..mau makan dulu..:p


Isnin, 15 Jun 2009

bum n wife wedding & benyet n lieya wedding

dr kiri : wani , panjang , chew pin
bum n wife wedding
tahniah buat coursemate of industrial design, bum (amir azizi sanip) & isteri (lupa nama..huhu) yg telah selamat melangsungkan perkahwinan pd 12 jun lalu..tepat 5.30 ptg terus sy ke umah rasyid utk gerak terus ke shah alam (dah lama x balik tepat woo..wink)
majlis adalah makan beradab , coursemate yg turut hadir spt miza,chew pin,tweet,panjang dan wani..fabian (lanscape) dan senior pun ada sekali
buat bum dan pasangan selamat pengantin baru...."lek lek lu" :p


tq tweet, photographer kami :p

benyet dan lieya wedding

pd 13 jun bersamaan sabtu, salah seorang rakan baik sy sejak sekelas dr sekolah rendah ,benyet (syahriel heilmiey) telah melangsungkan majlis dirumahnya di tasik putri dgn pasangannya, ros alieya..buat benyet dan pasangan..selamat pengantin baru drpd kami, sahabat



apakah shasha & afiq .......... ?? hahaha..tragis tul..siap ade rekahan lagi :p

Rabu, 10 Jun 2009

1'st double storey: T-A-N-J-U-N-G@O-G-A-09'

syukur,akhirnya event yg penuh cabaran ni telah pun berakhir
OGA adalah singkatan kpd the 12th asian oil,gas & petrochemical engineering exhbtn @ oil n gas...melibatkan penyertaan local dan inter. banner yg terpampang pd pintu masuk.

T-A-N-J-U-N-G-O-F-F-S-H-O-R-E merupakan event double storey yg pertama saya peroleh..b4 ni mmg pernah buat cuma rezeki xde...berkeluasan 20m x 6m dan berketinggian 6-7m.


3d's max

proses pembinaan giat dijalankan

tada..inilah hasilnya...bangga seh bila idea kita siap utk tontonan umum :p

selain itu, salah satu lagi yg saya peroleh adalah S-T-A-R-K-R-I-S.
ohh yeah!!

3ds'max

lalalala...siap pun :p

penuh dgn suka dan duka (x perlu dijelaskan...hanya yg mereka yg tertentu shj yg mengetahui..huhu )
*tq kpd partner, syamsul kerna membantu dr segi techical drawing
*yen,maaf bnyk2 sbb bila sasaran x tercapai anda yg jd mangsa
ni pula antara design2 lain yg agak menarik

design ni didatangkan dr perth,australia..international style...cuma pembaziran ruang berlaku huhuhu


exxon mobile , noble denton & kencana petroleum


weatherford pun cantik..mmg patut proposal saya kena reject atas alasan design saya tak capai kehendak depa..hahahaha...pedih2 :p

yg ni pula amoi2 cantik yg sempat dirakam

waduh2...cair hati sang lelaki ..penyeri event kali ni..hihi

ade lagi, cuba tgk pakaian dia..seni bukan..haha

yg ni cenderahati yg sempat disebat

semua dah selesai, skg menunggu hasil penat lelah...yummy!!