Isnin, 29 Jun 2009

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.

p/s 1 : tq makcik kopi sbb frwd artikel ni..mmg tgh serabut dgn msalah2 skg..satu persatu dia mai..n menduga masalah2 baru akan dtg dlm masalah terdekat..huhu
p/s 2 : ingin berkongsi artikel kpd rakan2 yg memerlukan
p/s 3 : mohon maaf kpd rakan2 jika sikap sy x seberapa baik sejak kebelakangan ni..we are family kan

p/s 4 : terima kasih kpd rakan2 yg sudi mendengar dan membantu..akan ku balas suatu hari nanti


Bismillahirahmaniraheem..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!



Jumaat, 19 Jun 2009

20 june 2009

sabtu & family day
anniversary mak abah
Tanggal 7 jun merupakan ulangtahun mak abah yg ke-38..so ari ni kami adik beradik ade buat makan2 sikit. buat mak abah, semoga umur mak abah berpanjangan dan sihat selalu.
besday kaklong
jatuh pd 15 jun..tahun ni umo kak long dah menjengah ke-36. isnin lalu kaklong hantar msg; 'bertuah punya adik2 psl sorang x ingat besday kaklong' dilewat 6 ptg..huhu..sori kaklong..sorang x ingat pun (kaklong marah la psl selalu kaklong yg ingat besday2 nih)...kaklong hepi besday ya
selamat hari bapa
selain abah,abg nizam,abg mie.dituju juga kpd sahabat2 yg telah bergelar bapa..selamat hari bapa

p/s : mlm tadi tido 2 jam jer..terlayan citer jepun tv2 'sinking of japan' yg mengisahkan tentang negara jepun yg ditenggelamkan oleh bencana alam..gelinciran permukaan bumi kedasar perut bumi menyebabkan jepun turut disedut..best citer dia..cuma mata tgk tapi hati pk mcm2 perkara.
p/s2 : terjaga seawal 4 pagi sbb panas badan..mlm tadi bedal 6 ulas durian (sikit je tuhh)..lps subuh terus bukak tenet..baguihhh..
p/s3 : pagi ni mak buat pulut durian..sedap nih aroma..k lah..mau makan dulu..:p


Isnin, 15 Jun 2009

bum n wife wedding & benyet n lieya wedding

dr kiri : wani , panjang , chew pin
bum n wife wedding
tahniah buat coursemate of industrial design, bum (amir azizi sanip) & isteri (lupa nama..huhu) yg telah selamat melangsungkan perkahwinan pd 12 jun lalu..tepat 5.30 ptg terus sy ke umah rasyid utk gerak terus ke shah alam (dah lama x balik tepat woo..wink)
majlis adalah makan beradab , coursemate yg turut hadir spt miza,chew pin,tweet,panjang dan wani..fabian (lanscape) dan senior pun ada sekali
buat bum dan pasangan selamat pengantin baru...."lek lek lu" :p


tq tweet, photographer kami :p

benyet dan lieya wedding

pd 13 jun bersamaan sabtu, salah seorang rakan baik sy sejak sekelas dr sekolah rendah ,benyet (syahriel heilmiey) telah melangsungkan majlis dirumahnya di tasik putri dgn pasangannya, ros alieya..buat benyet dan pasangan..selamat pengantin baru drpd kami, sahabat



apakah shasha & afiq .......... ?? hahaha..tragis tul..siap ade rekahan lagi :p

Rabu, 10 Jun 2009

1'st double storey: T-A-N-J-U-N-G@O-G-A-09'

syukur,akhirnya event yg penuh cabaran ni telah pun berakhir
OGA adalah singkatan kpd the 12th asian oil,gas & petrochemical engineering exhbtn @ oil n gas...melibatkan penyertaan local dan inter. banner yg terpampang pd pintu masuk.

T-A-N-J-U-N-G-O-F-F-S-H-O-R-E merupakan event double storey yg pertama saya peroleh..b4 ni mmg pernah buat cuma rezeki xde...berkeluasan 20m x 6m dan berketinggian 6-7m.


3d's max

proses pembinaan giat dijalankan

tada..inilah hasilnya...bangga seh bila idea kita siap utk tontonan umum :p

selain itu, salah satu lagi yg saya peroleh adalah S-T-A-R-K-R-I-S.
ohh yeah!!

3ds'max

lalalala...siap pun :p

penuh dgn suka dan duka (x perlu dijelaskan...hanya yg mereka yg tertentu shj yg mengetahui..huhu )
*tq kpd partner, syamsul kerna membantu dr segi techical drawing
*yen,maaf bnyk2 sbb bila sasaran x tercapai anda yg jd mangsa
ni pula antara design2 lain yg agak menarik

design ni didatangkan dr perth,australia..international style...cuma pembaziran ruang berlaku huhuhu


exxon mobile , noble denton & kencana petroleum


weatherford pun cantik..mmg patut proposal saya kena reject atas alasan design saya tak capai kehendak depa..hahahaha...pedih2 :p

yg ni pula amoi2 cantik yg sempat dirakam

waduh2...cair hati sang lelaki ..penyeri event kali ni..hihi

ade lagi, cuba tgk pakaian dia..seni bukan..haha

yg ni cenderahati yg sempat disebat

semua dah selesai, skg menunggu hasil penat lelah...yummy!!

Isnin, 8 Jun 2009

nani & zulhakim wedding , marina & hafez wedding , asraf & aimi wedding

Nani & Zulhakim wedding
tahniah buat cik nani kerana telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 31 mei lalu di permatang pauh (my mum kampung 2)..heeeee, dan belah pengantin lelaki pada 6 jun lalu
sori ya x dpt turun..tapi dah wish awal2 lg..moga suka ehh ngan hadiah tu..heee
kpd nani dan zulhakim,tahniah dan moga kalian selamat bahgia selamanya.

Marina & Hafez wedding (6 jun - siang)tahniah juga buat pasangan marina & hafez yg telah selamat melangsungkan perkahwinan pd sabtu lepas di seremban. walau jem teruk ku gagah jugak menuju ke destinasi ..huhuhu.. sudahnya sampai lewat..nak petik pun x sempat kan..so ni lah pic yg sempat diambil masa sesi memotong kek.kpd marina & hafez,tahniah dan moga kalian selamat bahgia selamanya.

Asraf & Aimi (6 jun - malam)

dgn sedaya upaya ku pulang dr seremban utk satu lagi majlis perkahwinan sahabat baikku,encik asraf dan pasangan aimi..pegi jem balik pun jem..
tq kpd bf shasha,afiq,tq krn jd pemandu kami mlm tu..destinasi kami di klang..majlis pula bertemakan taman..ermmm,menarik
kpd asraf dan aimi...selamat pengantin baru drpd kami,sahabat..moga bahgia selalu hendaknya :p