Rabu, 13 Mei 2009

kad kawin poket - v4



# tidak termasuk kos penghantaran

kad kawin jimat - v3



# tidak termasuk kos penghantaran

Isnin, 11 Mei 2009

hasil kerja ke tong sampah

seiring dgn umo yg menginjak ke 26.maka, salah satu perubahan diri yg dibuat ialah dgn membersihkan sgl kekotoran degil dlm bilik. hari ahad,waktu operasi dr pagi - maghrib (lama lor)..sgl hasil kerja yg menimbum dlm kotak dipunggah dan disemak satu persatu (saje nak ingat,sbb tu siap slow)..he3
hasil keje semasa study dulu..tersimpan 4 tahun lamanya..akhirnya ke tong sampah..huhuhu
sayang nak buang, sbb kos buat mencecah ribuan ringgit...duit ptptn plak tu.

sketches,panel,mounting board,etc

note,report,etc

terjumpa plak spek mase skol..yg hitam leh guna mase drive ni..ngeh2

ni lah hasilnya..termasuk brg2 pc,printer yg x rosak cuma adapter yg x dpulang balik,filem2,mockup,model, dan bekas2 kenangan lama huhu

maka,fasa baru menyusul.hurmmmm.

Ahad, 10 Mei 2009

celamat ari ibu,hepi besday kak rosel, n hepi besday 2 me

sebenarnya tak taw nak buat ke tak psl pk tujuan asalnya utk wat biz je tapikan...
tu lah bila bace org tu punya..mula terpengaruh..ishh2..
xpe2..elakkan bahasa sendu2an, lemah gemalai, senggol2an dan bahasa bunga yg tinggi..
k, sabtu,9 mei 2009..sy sekeluarga buat celeb sikit..ari ibu n ari jadi..
dlm keenakan tido..kaklong,abg mie,azib n adam dtg dlm 8 lebey ehhh 9 kot..kecuali azim yg ade camp di sekolah....

tada..sarapan pagi..nasik lemak,sosej n kcg merah

enakkan?
kul sepuluh lebey abg nizam,kak rosel,aril n mika dtg..dan kek dikeluarkan

kek sodap .....................mika yg malu2
kakngah je x dtg psl ari tu ade exam..scr autonya,suami pun x dtg..bole ke ayat camtu?haha
to kakngah..jgn jelez bila membaca.sila close jika mahu.
bila perut semua dah berisi,kaklong plan nak g d mines dlm kul 10 lebey..nak merasa naik bot katanya...rm27 dewasa..sikecik x ingat berapa..utk 45mnt..mak x jd ikut psl abg nizam sekeluarga ada kat umah...ermmm, masa duk belaja kat situ dulu x mampu..skg baru dpt merasa he2...tq kaklong sbb sponsor.


gmbr 1 -> nak masuk dlm lock, kire mcm ada mcm lif ah
gmbr 2 -> nampak x nun jauh disana tasik mines..kira paras di the mines lebih tinggi
gmbr 3 -> pintu gate dibuka..tarara!!



gmar 4 -> adam yg sedang asyikk
gmbr 5 -> bangunan sapura
gmbr 6 -> kiri: niza,kaklong,adam,abg mie,azib
gmbr 7 -> mines hotel



gmbr 8 -> ginilah rupernye bentuk alah lif tu..nak masuk dah
gmbr 9 -> ketinggian ni bot akan naik keatas
gmbr 10 -> air disalurkan masuk
gmbr 11 -> kembali pulang ke d min
es

sempat g layan boling lagi


dlm 3 lebey terpaksa bergegas pulang sbb azim balik dr sekolahnyer
mlm tu giliran sy belanje mak,abah n adik makan luar sempena hari ibu
org siam masak,from naratiwat..x lain x bukan merasa tomyam.kul 3 pg perut meragam..he3

Selasa, 5 Mei 2009

info : rahsia jari

copy paste

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.


Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil
kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu,
amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan
lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

Sabtu, 2 Mei 2009

shida dan fadhil wedding

tarikh : 2 mei 2009 (sabtu)



tahniah diucapkan kpd pasangan shida dan fadhil
shida juga merupan sekelas sy, pf23 di kmns
semoga kalian berbahgia berpanjangan hendaknya..amin


reunion 2009

tarikh : 1/5/09..malam
tempat : ali maju

reunion pertama bg dak2 rawang bg tahun ni..
seperti biasa,selaku urusetia majlis akan menjemput semua utk hadir
sponsor : encik asrap..tq encik asrap!
sebenarnya nak wat super tripel bg yg kurang taw..tapi sorang x dtg kurang hangat la.
maka, jemputan ke majlis perkahwianan dibuat:
-encik asrap dan pasangan (aimi) pd 6 jun 2009
-encik izul dan pasangan (asmah) pd 24 mei 2009
-encik benyet dan pasangan pd 13 jun 2009 (x hadir)


dr kiri : syed siddiq+anak , asrap & aimi

dr kiri : shasha , izul & fina


saya (dgn muka sememeh) dan shasha


gaya seorg ayah penyayang
bg yg bakal meniti hari2 bersejarah nanti..tahniah diucapkan
bg yg masih bujang..bawak2 la bertendang (bersabar)....hahahaha..arrr..huhu

haha..tq kpd miss shasha sbb sharing pic